Anda berasa pelik?? Jangan risau, saya juga rasa begitu. Entah mengapa, saya terpanggil untuk menulis sepenuhnya dalam bahasa ibunda pada hari ini. Mungkin ramai yang tahu, penguasaan bahasa melayu formal saya agak lemah, namun itu tidak bermakna saya harus putus asa sebelum mencuba. Saya pasti, setiap usaha yang baik itu pasti ada balasannya yang setimpal.
Baiklah, tajuk penulisan saya pada hari berkisar tentang persahabatan. Kenapa saya memilih untuk bercakap tentang hal ini? Mudah sekali. Saya telah dicabar untuk berfikir oleh kakak-kakak seIslam saya ketika sesi usrah pagi tadi. Mereka membuatkan saya terfikir sejenak tentang akhlak seorang wanita Islam dan hubungannya dengan persahabatan. Apa sebenarnya erti bersahabat buat saya? Adakah sekadar berkawan dengan seseorang yang dianggap sekepala? Adakah sekadar menjadi teman bersuka-ria dan bergelak ketawa?
Hasil perbincangan, saya mula sedar bahawa persahabatan itu sebenarnya sesuatu yang sangat indah sekiranya ia berteraskan keimanan dan kecintaan kepada Allah. Apabila hubungan sesama manusia itu dibasahi keindahan iman dan taqwa, pastinya ukhwah yang terjalin lebih erat dan kukuh ikatannya. Tiada lagi perasaan ragu apabila sahabat itu berbuat baik terhadap kita kerana keyakinan bersama bahawa balasan yang diharapkan bukan bersifat materialistik atau pon duniawi tetapi hanyalah keredhaan yang Esa; keyakinan bahawa setiap perbuatan, tutur kata, nasihat mahupun pertolongan yang dihulurkan oleh sahabat itu diberikan dengan penuh keikhlasan demi kebaikan kedua-dua pihak dan bukan kerana sikap pentingkan diri mahupon kerana perasaan bongkak. Betapa indahnya ukhuwah seperti itu.
Selama ini saya sering berfikir, apa gunanya saya berkawan sekiranya kawan itu mungkin suatu hari nanti menikam saya dari belakang. Maka saya sering mengambil inisiatif bersahabat dengan seseorang dengan disulami perasaan was-was dan penuh syak wasangka agar saya tidak dikecewakan sekiranya sahabat itu bertindak kejam terhadap saya. Syak wasangka ini timbul kerana konsep berkawan tanpa asas yang kukuh iaitu iman. Selama ini mungkin saya terkapai-kapai mencari erti sebenar saya bersahabat. Mungkin saya tidak sedar, apa yang saya cari itu sebenarnya adalah ikatan Ukhuwah Islamiyyah. Alhamdullilah, keindahan ukhuwah itu lah yang saya jumpa di bumi Ireland ini di kalangan saudara-saudara seIslam saya. Alhamdulillah, persahabatan seperti ini sedikit sebanyak mengubah saya menjadi insan yang lebih baik; sahabat yang lebih sejati mungkin. Tiada lagi syak wasangka, jika ada pon, hanya sekelumit rasa yang tidak sama sekali "significant". (maaf, saya tak berjaya memikirkan perkataan melayu yang sesuai)
Saya ingin memetik salah satu cerita yang disampaikan ketika usrah itu:
Indah. Sungguh indah persahabatan kerana Allah. Saya berdoa agar saya mampu menjadi sahabat seperti itu, yang mencintai sahabatnya yang lain kerana Allah. Dan mungkin benar, iman itu ada turun naiknya. Ada kalanya saya lupa seketika maksud ukhuwah Islamiyyah ini. Tegurlah saya, ingatkanlah saya, nasihatilah saya. Marilah sahabat-sahabat, kita bersama-sama mengejar kemanisan syurga. Semoga Allah sentiasa menetapkan hati-hati kita semua ini di atas keimanan yang kukuh. InsyaAllah.

Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda:
“Ada seseorang berada di samping Rasulullah lalu salah seorang sahabat berlalu di depannya. Orang yang disamping Rasulullah tadi berkata: ‘Aku mencintai dia, ya Rasulullah.’ Lalu Nabi menjawab: ‘Apakah kamu telah memberitahukan kepadanya?’ Orang tersebut menjawab: ‘Belum.’ Kemudian Rasulullah bersabda: ‘Beritahukan kepadanya.’ Lalu orang tersebut menghampiri sahabatnya seraya berkata: ‘ Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah.’ Kemudian sahabatnya itu menjawab: ‘Semoga Allah mencintaimu kerana engkau mencintaiku kerana-Nya.”
Indah. Sungguh indah persahabatan kerana Allah. Saya berdoa agar saya mampu menjadi sahabat seperti itu, yang mencintai sahabatnya yang lain kerana Allah. Dan mungkin benar, iman itu ada turun naiknya. Ada kalanya saya lupa seketika maksud ukhuwah Islamiyyah ini. Tegurlah saya, ingatkanlah saya, nasihatilah saya. Marilah sahabat-sahabat, kita bersama-sama mengejar kemanisan syurga. Semoga Allah sentiasa menetapkan hati-hati kita semua ini di atas keimanan yang kukuh. InsyaAllah.
4 comments:
erti persahabatan....
persahabataan bg aku ialah ikatan antara dua org manusia tanpa mengira usia dan kaum...
bkn senang nk cri sahabat sejati sekarang.
But i'm blessed with the best of friends...never have i've been betrayed nor stab from behind....
p/s:ko nyer tulisan nih memang on time...ko ade power mind reading ke??huhuhuhuh
sweet~ (direct translation: manis~)
hehe.. kadang2 apa yg ditulis dlm bahasa ibunda lebih menusuk ke hati.. ;)
chaiyuk~ mari kita berusaha utk menjadi seorang sahabat yg mencintai sahabatnya yg lain Lillahi Taala..nothing else hidden in the 'mee', or behind the 'batu'.. [rotten language here. BOTH bm n bi..haha]
wassalam~
huhuhu..
penulisan anda semakin matang..
(kalo dlm bi, tkder la skema sgt..tp nk meraikan smgt kamu yg menulis dlm bm skema,biarla skema pun..)
papepun..sgt setuju..
semua yg berasaskan ALLAH, insyaALLAH lebih indah dr segala2nya..
bile niatkan semuanya krn ALLAH, kia mungkin blh buat sesuatu yg kita tk sgka kita blh buat..dan masa tu, menusuk terasa kemanisan kalimah ' Lillahhita'ala..'
uhibbuki fillah..kemanisan ukhwah itu terletak pada ingatan seorang saudara kpd saudaranya di dalam doanya..al ghazali..
Post a Comment